Assalamualaikum,
Dah banyak sangat ubat-ubatan diluar sana, macam-macam ada,
daripada tradisional sampai lah ubatan moden, banyak sangat di pasaran,
hospital, kedai jamu, kedai kecantikkan. eh?. Apa kata kita beralih kepada
makanan kesihatan Nabi kita, Muhammad S.A.W iaitu Habbatus Sauda. Habbatus
Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan
di kawasan yang beriklim gurun.
Habbatus Sauda bagus untuk menghasilkan kulit muka yang
cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran
rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi,
rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang, daya tahan sakit dan sebagainya.
Zaman sekarang dah mudah, saintis diluar sana dah jadikan
Habbatus Sauda dalam bentuk pil, mudah kan nk telan? Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda
ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol,
thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid
Amino.
I ambil pil Habatus Sauda ni sebab saje nak cuba, mau tak nye asyik sakit demam je. So far okay la kan tukar angin, xkan lah nak makan ubat doktor je. konon time tu I cakap kat diri sendiri, I xnak ambil ubat hospital lagi, banyak dadah. hahaha. yelah tu,kejap je ni. kang telan jugak penadol. hikss
So far, I ambil pil ni ikut suka hati je, kadang-kadang terlupa jugak nak makan, selalu skip, sebab ngelat kan.lahai punya la I malas nk telan pun. Tapi, kalau badan rasa penat, letih, loya, sakit kepala, demam selsema memang cepat-cepat I ambil, memang akan baik la. Selalunya I akan makan time malam sebelum tidur, lena je lepas tu. So korang boleh la try, beli kat farmasi, kedai2 jamu pun ada jual.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebenarnya I baru tahu Habbatus Sauda ni JINTAN HITAM. Masa tu I google image nak tengok rupa Habbatus Sauda ni, jadi inilah dia...........
Hahahaha..Blur betul lah, pengetahuan umum kurang, tu lah xbelajar bahasa arab. Ok bila dah tahu nanti lepas ni time nak masak boleh lah colek sikit masuk mulut. kata baik untuk kesihatan kan.
Selamat ber Habatus Sauda!
Selamat ber Habatus Sauda!
No comments:
Post a Comment