Saturday, 13 June 2015

Resepi mudah dan sedap tinggal di Asrama

Hi


Universiti korang boleh bawak rice cooker x masuk asrama? Haha.. Mestilah xboleh kan tapi mesti korang bawak senyap2 kan.hiiiii. Ok biasa la hidup sebagai student ni kadang2 sengaja langgar peraturan. Sebut pasal rice cooker ni, banyak kegunaan yang kita boleh buat tau, macam I ni mmg la dah sah2 langgar peraturan Universiti bawak rice cooker. I buat apa bawak rice cooker? Mst lah masak kat bilik.hiks.


Apa yg I masak? haaaaa..Macam2 lah. Nasi gorengg, sup ayam, sup sayur, goreng ikan bilis pun pernah. kah kah..Alhamdulillah, dah last semester pun sekarang, puas msk dlm rice cooker. Dah memang jenis kaki malas nak jalan pergi kafe ni mmg I sanggup masak la (kadang2 malas jugak). I ni duk tingkat 5, xde lif.hah! Lagi membuak2 malas nye tu.


Baru2 ni I ade masak sayur kubis goreng cencaluk sotong.perh.. memang best. First time masak macam tu, sedap jugak. Cencaluk sotong tu beli kat Melaka. Kalau korang xboleh makan, korang boleh masak bersama sayur atau buat nasi goreng. Nak resepi? Ini dia:
  1. Tumis bawang putih,cili
  2. Masukkan cencaluk sotong, tumis smpi naik bau
  3. Masukkan air sedikit
  4. Dah didih,msukkan sayur dan garam secukup rasa.

Taraa





Lepas masak sayur sedap ni, I goreng telur dadar. Well semuanya guna rice cooker aje okay. pecah2 sikit sbb minyak kurang :)



Then, I siapkan pulak cencaluk I, buat penambah selera makan. Hahaha.


Ulam timun



Tunggu apa lagi, I makan la puas2. Memang kenyang malam tu sampai ke pagi. Bila bangun pagi keesokan harinya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nah jerawat 2 ketul. Tu lah pergi hentam cencaluk banyak sangat. Btw, I happy makan cencaluk, so I xkisah pun. Eh eh.yeke? Hahaha.

Monday, 8 June 2015

Pil Habbatus Sauda

Assalamualaikum,


Dah banyak sangat ubat-ubatan diluar sana, macam-macam ada, daripada tradisional sampai lah ubatan moden, banyak sangat di pasaran, hospital, kedai jamu, kedai kecantikkan. eh?. Apa kata kita beralih kepada makanan kesihatan Nabi kita, Muhammad S.A.W iaitu Habbatus Sauda. Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.

Habbatus Sauda bagus untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang,  daya tahan sakit dan sebagainya.


Zaman sekarang dah mudah, saintis diluar sana dah jadikan Habbatus Sauda dalam bentuk pil, mudah kan nk telan?  Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


I ambil pil Habatus Sauda ni sebab saje nak cuba, mau tak nye asyik sakit demam je. So far okay la kan tukar angin, xkan lah nak makan ubat doktor je. konon time tu I cakap kat diri sendiri, I xnak ambil ubat hospital lagi, banyak dadah. hahaha. yelah tu,kejap je ni. kang telan jugak penadol. hikss


So far, I ambil pil ni ikut suka hati je, kadang-kadang terlupa jugak nak makan, selalu skip, sebab ngelat kan.lahai punya la I malas nk telan pun. Tapi, kalau badan rasa penat, letih, loya, sakit kepala, demam selsema memang cepat-cepat I ambil, memang akan baik la. Selalunya I akan makan time malam sebelum tidur, lena je lepas tu. So korang boleh la try, beli kat farmasi, kedai2 jamu pun ada jual.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebenarnya I baru tahu Habbatus Sauda ni JINTAN HITAM. Masa tu I google image nak tengok rupa Habbatus Sauda ni, jadi inilah dia...........




Hahahaha..Blur betul lah, pengetahuan umum kurang, tu lah xbelajar bahasa arab. Ok bila dah tahu nanti lepas ni time nak masak boleh lah colek sikit masuk mulut. kata baik untuk kesihatan kan.


Selamat ber Habatus Sauda!

Sunburn!


Hi


Stress kan bila sunburn teruk, kadang-kadang ambil masa berbulan-bulan nak baik. Lepas tu semua orang nak tegur " eh!, gelapnya", "ee, teruknya muka sekarang", "kenapa kusam ' bla bla bla. Stress kan?. So I terdetik nk review pasal dua produk yang I pakai masa pergi bercuti tepi laut iaitu SUNPLAY SPF130 & FRUIT OF THE EARTH ALOE GEL. Memang best, mandi laut pun senang hati siap buat kuak lentang lagi terapung atas air mengadap matahari .haha


Bila pakai rasa sangat sejuk dan cepat meresap ke dalam kulit dan yang paling penting tiada kesan sampingan. Diperbuat daripada Aloe Vera semulajadi tanpa pengawet. tiada alkohol, tidak berbau, tidak melekit. 

Antara kelebihan lain Aloe Vera:


  • Tidak berminyak 
  • Pelembap 
  • Minor burns dan kulit gatal.
  • Pelindungan dari sinaran matahari
  • Penyembuhan semulajadi
  • Kecutkan jerawat
Antara kelebihan sunplay SPF130
  • Sebagai sunblock. haha
I beli brand ni pun sebab spf paling tinggi lah, konon takut hitam la kan. Lagi satu sunplay ni fomulasi "watery liquid" dan "water resistant", so bila pakai rasa best dan selesa sebab cecairnya terus meresap dalam kulit, tapi jangan risau pasal kesan sampingan sebab memang tiada kesan. hikss


Step
  1. Pakai sunblock 30 minit sebelum
  2. Pergi mandi laut
  3. Pakai Aloe gel.
Lepas apply sunblock memang akan bau macam terbakar sikit, itu normal dan bila pakai Aloe gel kat muka lepas korang mandi laut memang akan rasa pedih sedikit sebab kulit korang dan terbakar masa mandi laut tu. bila gel dah kering, kulit korang akan rasa sejuk, nyaman. lepas tu boleh la idur lena. bangun pagi esok, tengok lah hasilnya!

*Dua produk ni boleh dapatkan di watson.
*Fruit of the earth aloe gel RM6 ++
*Sunplay RM32 ++


Bye.